Jumaat, 25 Mac 2016

SURAT RAYUAN TAMBAHAN SUBJEK MATA PELAJARAN DAN RAYUAN PENGECUALIAN BAYARAN DENDA

Nie contoh surat yang ika dah buat dan alhamdulillah diluluskan..cuma dalam kes ika. Ika memerlukan tambahan jam kredit, so dalam surat nie perlu selitkan "surat sokongan" yang menyatakan ika dah diluluskan oleh dekan untuk ambil subjek lain yang ika nak..contoh surat sokongan, korang boleh dapatkan dari link nie https://www.scribd.com/doc/98938677/Surat-Penambahan-Jam-Kredit..tapi ini bukan ika yang buat..hee..korang boleh bagi terus surat sokongan pada DEKAN fakulti korang..


Harap dapat bantu korang..
Yang penting surat tu kena JELAS MOTIF DAN ALASANNYA..itu pesan my uhibbu ummie #cikguBM


(NAMA),
(NO ID [D2015......]),
PELAJAR SEMESTER 2,
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA,
PENDIDIKAN KHAS dengan PENDIDIKAN,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
35900 TANJONG MALIM,
PERAK, Malaysia.



16 MAC 2016

UNIT PENDAFTARAN
BAHAGIAN HAL EHWAL AKEDEMIK,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
PENOLONG PENDAFTAR KANAN,

Melalui :

EN. (NAMA PENSYARAH)
PENSYARAH KURSUS
BAK3012 BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1
PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Puan,

PERKARA : RAYUAN TAMBAHAN SUBJEK MATA PELAJARAN BAHASA ARAB DAN RAYUAN PENGECUALIAN BAYARAN DENDA

1.0  Saya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, semester dua. Sebelum ini saya pernah menambah subjek bahasa Arab sebagai subjek tambahan audit. Namun seminggu setelah kelas bahasa Arab saya hadiri, saya berniat ingin menukar status audit kepada penggayaan. Oleh sebab itu, saya telah menggugurkan subjek tersebut, dengan niat ingin menukar status kepada penggayaan. Walaupun begitu, tanpa saya sedari, saya tidak boleh menambah subjek itu semula. Ini merupakan pengalaman pertama saya menambah dan menggugurkan subjek, saya tidak tahu proses yang sebetulnya.

2.0  Selain itu, saya juga ingin membuat rayuan untuk pengecualian bayaran denda kerana lambat menambah subjek bahasa Arab tersebut kerana kekurangan ilmu pengetahuan bagaimana cara sebenar mengurus penukaran status audit kepada pengayaan.

3.0  Dengan itu saya menulis rayuan ini untuk menambah semula subjek bahasa Arab yang berlangsung setiap hari khamis jam 5.00 - 7.00 petang, kumpulan C dan untuk tidak dikenakan denda.

Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap pihak Puan dapat meluluskan permohonan saya. Pertimbangan Puan amatlah saya hargai.



Sekian,terima kasih.



Yang Benar,




________________________________
(NAMA)
(NO PHONE)
PELAJAR SEMESTER 2
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA,
PENDIDIKAN KHAS dengan PENDIDIKAN,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,



PENGESAHAN :




__________________________________
EN. (NAMA PENSYARAH)
PENSYARAH KURSUS
BAK3012 BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1
PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS




1 ulasan:

  1. terima kasih ika, post yg sgt membantu..jazakallah, semoga Allah mudahkan urusan ika sekeluarga

    BalasPadam