Untuk semester 2 ni, ika dah plainning add subek bahasa Arab, mula-mula add sebagai AUDIT then nak tukar kepada PENGGAYAAN. So ape beza AUDIT and PENGGAYAAN?
AUDIT- tak ade jam kredit, tak masuk dalam PNGK "Purata Nilai Gred Kumulatif"..senang cerita tak masuk dalam sijil kita.
PENGGAYAAN- sebaliknya dari audit, dia ade PNGK..
Kebaikan dan keburukan PENGGAYAAN or AUDIT
AUDIT- keburukan audit korang kena bayar RM20..kebaikannya pula, kalau tak lulus pun tak ape, tapi cuba lah korang fikir, rugi kot, bayar RM20 semate add subjek yang kita tak luluskan pun. Kelas ni, kalau tak datangpun tak ape, tapi tak baiklah..kita kena hormat guru, meskipun itu bukan subjek yang wajib lulus, bagilah kerjasama.
PENGGAYAAN- kebaikkan status ni, if score mark kita bagus untuk subjek yang kita add tu, dia akan membantu markah subjek kita yang lain.. keburukkanya pula, If tak bagus, maka akan mengganggu markah kita. Korang tak perlu bayar untuk subjek ni, kiranya pihak Universiti menggalakkan korang masukkan subjek nie untuk bantu PNGK korang..
Sebenarnya fungsi AUDIT adalah untuk bantu pelajar dalam menguasai subjek major..contoh kalau subjek major korang Pendidikan Islam, better ambil bahasa Arab sebagai audit..so kiranya ada kaitan..
Actually sebenarnya ika nak cerita, pasal kes yang ika hadapi..ika before this dah add subjek bahasa Arab sebagai audit, then terbuka hati nak tukar kepada penggayaan..tak tau pula macam mana proses. so mingu pertama tu ika drop subjek arab. rupanya terdrop terus..tak boleh add semula..sepatutnya prosedurnya kita kena terus pergi ke pejabat akedemik, bagitau nak tukar status audit kepada penggayaan..
and now ika tengah buat surat rayuan untuk add semula subjek arab and minta supaya tak dikenakan denda, sebab lambat add, bagi pandangan pihak universiti..padahal ika yang tak tau proses yang betul..Next time, in shaa Allah kalau surat tu lulus ika akan share surat rayuan tu.. So boleh lah korang buat sebagai contoh..
Yang penting surat tu kena JELAS MOTIF DAN ALASANNYA..itu pesan my uhibbu ummie #cikguBM
ohh ye kalau nak cheak subjek mana yang korang boleh add sebagai audit or penggayaan boleh lah rujuk buku fakulti korang..kalau buku fakulti ika "FPPM" ..siapa budak FPPM bolehlah click link ni http://www.upsi.edu.my/images/storage_web/buku_panduan_akademik/Buku_Panduan_FPPM.pdf maaf atas segala kekurangan..
~land below the wind
~land below the wind
Tiada ulasan:
Catat Ulasan