Jumaat, 25 Mac 2016

SURAT RAYUAN TAMBAHAN SUBJEK MATA PELAJARAN DAN RAYUAN PENGECUALIAN BAYARAN DENDA

Nie contoh surat yang ika dah buat dan alhamdulillah diluluskan..cuma dalam kes ika. Ika memerlukan tambahan jam kredit, so dalam surat nie perlu selitkan "surat sokongan" yang menyatakan ika dah diluluskan oleh dekan untuk ambil subjek lain yang ika nak..contoh surat sokongan, korang boleh dapatkan dari link nie https://www.scribd.com/doc/98938677/Surat-Penambahan-Jam-Kredit..tapi ini bukan ika yang buat..hee..korang boleh bagi terus surat sokongan pada DEKAN fakulti korang..


Harap dapat bantu korang..
Yang penting surat tu kena JELAS MOTIF DAN ALASANNYA..itu pesan my uhibbu ummie #cikguBM


(NAMA),
(NO ID [D2015......]),
PELAJAR SEMESTER 2,
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA,
PENDIDIKAN KHAS dengan PENDIDIKAN,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
35900 TANJONG MALIM,
PERAK, Malaysia.



16 MAC 2016

UNIT PENDAFTARAN
BAHAGIAN HAL EHWAL AKEDEMIK,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,
PENOLONG PENDAFTAR KANAN,

Melalui :

EN. (NAMA PENSYARAH)
PENSYARAH KURSUS
BAK3012 BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1
PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Puan,

PERKARA : RAYUAN TAMBAHAN SUBJEK MATA PELAJARAN BAHASA ARAB DAN RAYUAN PENGECUALIAN BAYARAN DENDA

1.0  Saya merupakan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris, semester dua. Sebelum ini saya pernah menambah subjek bahasa Arab sebagai subjek tambahan audit. Namun seminggu setelah kelas bahasa Arab saya hadiri, saya berniat ingin menukar status audit kepada penggayaan. Oleh sebab itu, saya telah menggugurkan subjek tersebut, dengan niat ingin menukar status kepada penggayaan. Walaupun begitu, tanpa saya sedari, saya tidak boleh menambah subjek itu semula. Ini merupakan pengalaman pertama saya menambah dan menggugurkan subjek, saya tidak tahu proses yang sebetulnya.

2.0  Selain itu, saya juga ingin membuat rayuan untuk pengecualian bayaran denda kerana lambat menambah subjek bahasa Arab tersebut kerana kekurangan ilmu pengetahuan bagaimana cara sebenar mengurus penukaran status audit kepada pengayaan.

3.0  Dengan itu saya menulis rayuan ini untuk menambah semula subjek bahasa Arab yang berlangsung setiap hari khamis jam 5.00 - 7.00 petang, kumpulan C dan untuk tidak dikenakan denda.

Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul dan berharap pihak Puan dapat meluluskan permohonan saya. Pertimbangan Puan amatlah saya hargai.



Sekian,terima kasih.



Yang Benar,




________________________________
(NAMA)
(NO PHONE)
PELAJAR SEMESTER 2
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA,
PENDIDIKAN KHAS dengan PENDIDIKAN,
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS,



PENGESAHAN :




__________________________________
EN. (NAMA PENSYARAH)
PENSYARAH KURSUS
BAK3012 BAHASA ARAB KOMUNIKASI 1
PUSAT BAHASA DAN PENGAJIAN UMUM
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS




ADD & DROP SUBJECT UPSI

Assalamualaikum, now adalah hari terakhir untuk minggu ke 5..ika dah usaha sehabis baik untuk teruskan niat sambung Bahasa Arab..Tapi takde peluang, in shaa Allah ade hikmahnye..now ika nak share proses yang ika dah lalui before this, dan in shaa Allah dapat membantu mahasiswa/wi yang berkemungkinan ade hadapi masalah yang same ngan ika..




Waktu minggu pertama adding subjek macam biasa, then suggest nak tambah bahasa Arab tu, mula2 tak tau pun wujudnye AUDIT & PENGAYAAN nie..apa tu audit & pengayaan ? boleh tengok kat post sebelum nie..http://annur95zulaikha.blogspot.my/2016/03/masalah-add-and-drop-subjek-universiti.html

Minggu kedua ika ambil keputusan nak tukar kepada PENGAYAAN..So ika buat penukaran status secara online..dan tindakan ika tu salah sebanarnya, sepatutnya just pergi jabatan dan bagitau nak tukar status kepada ape yang kita nak..al maklumlah budak baru, so tak taw proses..heee



Minggu ke 3 dan 4 ika try sattle kan masalah nie, tapi disebabkan ika ni antara yang tak ade kenderaan sendiri, proses urusan ni menjadi lambat untuk diselesaikan..


Dalam buku nie kata ika ade 21 jam kredit..(termasuk english profession, sebenarnya just 18 je)


Minggu ke 5 baru dapat hantar surat kat censolari, surat tu dah di terima, tapi masalah barunya adalah jam kredit ika yang untuk sem nie cuma 18 jam kredit..Dalam buku nyatakan 21 jam kredit, sebenarnya 18 jam kredit je, so korang jangan tertipu macam ika, dalam buku tu kira ikut english profession..So kalau nak kepastian better korang tanya kat pejabat Am yang urus pendaftaran korang, yang macam ika nie, dah habis sesi add and drop subject tu yang kena p censolari..(susah urusan taw)


nie lah bangunan censolari, kat depan padang

Now setelah dapat advise dari advisor, pensyarah2 yang dipercayai dan timbalan dekan akedemik kos ika, ika putuskan untuk tak ambil subjek Arab sem nie..in shaa Allah ade hikmahnye..

So kepada korang2 yang nak add subjek, ika nasihatkan before add sesuatu subjek tu, 
  • Pastikan kita taw berape jam kredit kita yang SEBENARNYA. 
  • Taw status subjek kita nak add tu wajib ambil atau tak,
  • Taw status subjek tu, boleh tak add sebagai pengayaan or audit..
After this kalau nak tukar status tanye dulu kat pejabat macam mana prosesnye, dapatkan nasihat yang betul, try tanye kat pejabat yang berkaitan, Tanya pada yang berpengalaman lama dan boleh dipercayai..kalau macam tahun nie 2016, kami urus kat blok 5 aras 3..sem-sem depan atau before this tak taw kat mana..ini pengalaman pertama, so dapat share ini je dulu..Asiff

~land below the wind

Rabu, 16 Mac 2016

AUDIT ? PENGAYAAN ? APE TU?

Assalamualaikum, alhamdulillah now ika tengah sambung semster 2 kat UPSI. Sekarang ni dah masuk minggu ke 4..Minggu gugur dan tambah subjek dah berakhir..2 minggu pertama sem 2 ni, kita kena alert, tu pesan ika, kena cepat-cepat add subjek universiti terlebih dahulu, terutama sekali yang susah..better ambil awal sem, so nanti hujung sem tak berat..kena add subjek universiti cepat-cepat sebab subjek nie cepat habis, korang akan berebut dengan senior..subjek major kita, lambat sikit tak ape..in shaa Allah..

Untuk semester 2 ni, ika dah plainning add subek bahasa Arab, mula-mula add sebagai AUDIT then nak tukar kepada PENGGAYAAN. So ape beza AUDIT and PENGGAYAAN?

AUDIT- tak ade jam kredit, tak masuk dalam PNGK "Purata Nilai Gred Kumulatif"..senang cerita tak masuk dalam sijil kita.


PENGGAYAAN- sebaliknya dari audit, dia ade PNGK.. 

Kebaikan dan keburukan PENGGAYAAN or AUDIT

AUDIT- keburukan audit korang kena bayar RM20..kebaikannya pula, kalau tak lulus pun tak ape, tapi cuba lah korang fikir, rugi kot, bayar RM20 semate add subjek yang kita tak luluskan pun. Kelas ni, kalau tak datangpun tak ape, tapi tak baiklah..kita kena hormat guru, meskipun itu bukan subjek yang wajib lulus, bagilah kerjasama.

PENGGAYAAN- kebaikkan status ni, if score mark kita bagus untuk subjek yang kita add tu, dia akan membantu markah subjek kita yang lain.. keburukkanya pula, If tak bagus, maka akan mengganggu markah kita. Korang tak perlu bayar untuk subjek ni, kiranya pihak Universiti menggalakkan korang masukkan subjek nie untuk bantu PNGK korang..

Sebenarnya fungsi AUDIT adalah untuk bantu pelajar dalam menguasai subjek major..contoh kalau subjek major korang Pendidikan Islam, better ambil bahasa Arab sebagai audit..so kiranya ada kaitan..

Actually sebenarnya ika nak cerita, pasal kes yang ika hadapi..ika before this dah add subjek bahasa Arab sebagai audit, then terbuka hati nak tukar kepada penggayaan..tak tau pula macam mana proses. so mingu pertama tu ika drop subjek arab. rupanya terdrop terus..tak boleh add semula..sepatutnya prosedurnya kita kena terus pergi ke pejabat akedemik, bagitau nak tukar status audit kepada penggayaan..

and now ika tengah buat surat rayuan untuk add semula subjek arab and minta supaya tak dikenakan denda, sebab lambat add, bagi pandangan pihak universiti..padahal ika yang tak tau proses yang betul..Next time, in shaa Allah kalau surat tu lulus ika akan share surat rayuan tu.. So boleh lah korang buat sebagai contoh..

Yang penting surat tu kena JELAS MOTIF DAN ALASANNYA..itu pesan my uhibbu ummie #cikguBM

ohh ye kalau nak cheak subjek mana yang korang boleh add sebagai audit or penggayaan boleh lah rujuk buku fakulti korang..kalau buku fakulti ika "FPPM" ..siapa budak FPPM bolehlah click link ni http://www.upsi.edu.my/images/storage_web/buku_panduan_akademik/Buku_Panduan_FPPM.pdf maaf atas segala kekurangan..

~land below the wind