Rabu, 27 Januari 2016

DIY TUTORIAL MENJAHIT TUDUNG LABUH BIDANG 60 SENDIRI, PANJANG BELAKANG DAN DEPAN PATUH SYARIAT ..IN SHAA ALLAH

Bismillahirahmanirahim..
Macam mana mahu buat tudung labuh panjang depan dan belakang?? tutup depan dan belakang????

ok hari ini akhirnya ika berkesempatan kongsi tipsnya..ika ni tak juga pandai sangat menjahit, biasa-biasa ja..dulupun belajar sendiri..lama-lama alhamdulillah makin ok..tips ni ika dapat dari cikgu ika, credit untuk dia cikgu Hajijah Hasan SMK Majakir Papar Sabah..ika olah-olah dan cuba ja buat..tak sangka menjadi,,alhamdulillah..ok first sekali kamu mesti sedia bahan-bahan nie

> tudung bidang 60..1.5 meter
> gunting kain yang tajam (kalau tak mahu tudung rosak)
> pensel
> pembaris
> jarum peniti yang banyak
> jarum untuk menjahit
> keronsang kecil
> benang
> lilin
> mancis

ok first sekali buka tudung macam ni..hee ika siap bagi note A,B,C,D harap sangat kamu semua senang faham..kalau tak faham tanya ja ok..



kedua pula buat macam nie..tarik  bucu A ke bucu D..untuk pengetahuan,  bucu A  akan menjadi bahagian dalam tudung dan .bucu D  yang akan menutup bahagian punggung.. kalau mahu tambah kepanjangan bahagian belakang boleh lah tarik bucu A ke atas..


ketiga..tarik bucu C ke bucu B..dan dia akan jadi macam di bawah..nampakkan ada tudung kuning di atas tu..itu contoh tudung yang sudah siap..tudung favourite ika..labuh yang amat..alhamdulillah..in shaa Allah patuh syariat..

so sekarang letak tudung kuning yang dah siap tu atas tudung hijau tu sebagai ukuran ( kalau tak ade tudung labuh yang dah siap, bolehlah guna tudung bawal bidang 50-60 yang dibentuk segi tiga sebagai ukuran )..dan potong mengikut bentuk yang kamu suka..ika sarankan pastikan tudung yang digunting tu di potong panjang menutup bawah siku, bawah punggung dan bawah kemaluan..

*kalau rasa ragu-ragu kamu boleh pakai tudung hijau tu dan buat macam tudung bawal..ukur sendiri tahap kepanjangan yang sesuai untuk kamu..tapi lebih baik tudung tu panjang tutup pungung, kemaluan dan siku ^_^..

ok itu contoh ika letak tudung kuning atas tudung hijau dan gunting ikut keinginan ika


siap..inilah tudung yang sudah siap ika gunting..alihkan tudung kuning tadi..dan pasang keronsang di tudung hijau tu, alaa... buat ja macam kamu mahu pakai tudung bawal tu..(jangan buka keronsang sampai habis proses jahitan) sebab sekarang kita mahu beralih ke bahagian jahitan..

\

ok now sekarang buka tudung jadi macam ni (tapi jangan buka keronsang tadi)..maaf ika pakai gambar yang sebelum di gunting..tapi nanti bila kamu buka tudung yang dah digunting tu..dia akan jadi macam nie juga.bucu tudung tetap tidak beralih iaitu bucu B ke bucu C..dibentuk menjadi 3 segi... part nie lupa ambil gambar..maaf arr, kalau tak faham nanti boleh tinggalkan komen..


ok sekarang buat garisan di bawah keronsang tadi sampai lah ke bucu B dan C..lepas tu letak peniti terus hingga ke bawah macam dalam gambar di bawah ni..


ok sekarang teruskan dengan proses menjahit garisan yang telah dibuat tadi.. yang ika guna ni teknik insang pari dari dalam..kalau mahu buat dari luar belum cukup kemas..masih berguru..in shaa Allah next toturial..mulakan jahitan dari keronsang tadi..ini tips supaya tudung senang jadi..wallahualam


ok ini insang pari yang sudah siap..kejap ja buat, jangan risau, penting kamu enjoy menjahit tu..


ini pula bahagian belakang insang pari..nampak macam jelujur ja kan..


Bila orang jumpa ika semua, akan tegur cantik tudung yang ika pakai lebih-lebih lagi, tudung ika, ika buat dagu..so banyak orang tertanya-tanya macam mana ika jahit..cantik tengok, sama ja colournya..jawapan ika simple..ika tak jahitpun sayang-sayang sekalian..lain kali jangan buang kain lebihan tudung k.. simpan ja..

ika cuma ambil kain perca lebihan tudung yang kita jahit tadi dan gunting jadikan bentuk empat segi macam di bawah..siapa yang rajin dan selesa pakai yang bergetah..kamu boleh jahit getah di kedua-dua sisi kain penutup dagu tu.. kalau tak mahu jahit pun boleh.. buat ja macam ika..ika lebih selesa pakai peniti di setiap tepi penutup dagu tu..jarumkan dia melekat dengan scraft "anak tudung" yang kita pakai..



last but not least..kita bakar tepi tudung yang dah siap jahit dan gunting tu..tapi hati-hati tau..jaga sampai terbakar ataupun hitam..tak pa..belajar lama-lama makin ok tu in shaa Allah..


ini contoh hasil tudung yang sudah siap..tapi ini kurang panjang..kamu boleh buat lebih panjang dari ini..bahagian depan tudung tu juga lebih kurang sama macam belakang tudung contoh gambar ni..
cubalah..dan kalau berjaya tolong tinggalkan komen yang membina..begitu juga sebaliknya "kalau tak jadi"



















1 ulasan: