Rabu, 27 Januari 2016

BOSANNYA SEMESTER BREAK!!!

Ok this is real..majority student akan rasa bosan..tapi tak semua ok..mase kat U bukan main lagi nak balik, bercuti jumpa family. Dah sampai rumah sendiri bosan, ok my suggestion buat something yang benefits. ok korang tengoklah sekeliling rumah korang tu, ade ke yang perlu dibersihkan or what?

macam ika, ummie ika cikgu sekolah rendah. and right now on her school ade buat satu program yang memerlukan mereka mentransformasikan sekolah diorang tu. so sebagai assistent yang dilantik oleh diri sendiri, tiap petang ika akan teman ummie pergi sekolah dia. tolong hias and tampal apa yang patut.




ini semua bagi ika sangat bermanfaat, sambil-sambil dapat bermanja-manja with my ummie, ika dapat ambil idea dari hasil kerja yang ade kat sekolah ummie. kan ika bakal mengajar budak-budak istimewa. so kekreativiti tu amat penting.

meh ika belanja sikit ape yang kitaorang dah buat before this




cuti untuk sem 1 ni, just 1 month. so gunakan lah sebaiknya. macam ika, ika akan baca buku before slept, baca sikit pun jadi lah, baca ape-ape je, asalkan bermanfaat. Hmm sambil-sambil tu paksakan diri ni baca buku berkaitan subjek yang akan ika ambil next sem. ambil tau sikit-sikit je, supaya nanti taklah shock sangat. sebab ape yang ika perasan kehidupan U nie, kitaorang banyak busy ngan assignment, belajar tak sangat, so mengatur masa dengan baik tu amatlah penting.

okey lah, thats all, maaf, jazakumllah ^.^

~land below the wind


Wich one? form 6? matrix? or diploma?

Bismillahirahmanirahim..MINTA MAAF SEBELUMNYA, kerana ika pasti, pasti ada pendapat yang kurang menyenangkan bagi sesetengah pihak..

Hmm AFTER SPM ni mesti terfikir nak sambung ape kan??? better masuk mana-mana kolej etc yang menawarkan diploma, matrix or STPM? atau apa.....

ok kat sini ika nak share sikit..tak kira apa korang ambil ia ada advantage dan disadvantage.. kalau korang ambil diploma korang akan habiskan umur korang selama 4 tahun kat sana, and then barulah sambung degree..kat sini disadvantages yang korang dapat adalah wasting your age..yang best partnya pula bila korang dapat biasakan diri dalam kehidupan campus..kenapa ika cakap wasting age?? sebab ika yang baru je degree nie dah jumpa dengan akak and abang umo start 21-24 ( baru nak ambil degree) terkejut juga..tapi itukan pilihan masing-masing..Pastikan universiti or kolej yang korang pilih tu akan ambil korang semula after korang habis diploma dan tak wasting time sangat kat Diploma tu..ambik yang pendek tempoh masanya..

SUMBER UKHTI GOOGLE

matrix plak?? dia ade 1 year or 1 year half sama macam STPM..budak matrix biasanya dicop budak yang pandai..tapi sijil korang cuma limit berapa tahun je..tu kene ingat..and for your information sijil matrix lambat kene tengok..dorang akan ambil sijil STPM dulu..STPM diutamakan..dan bila kat Universiti majority pensyarah lebih suka dapat assignment yang disiapkan oleh peljar STPM and diploma berbanding matrix, tapi for first sem je lha..sebab time sem 1 tu bagi mereka budak matrix belum ada arah tuju jika dibandingkan dengan STPM..SEMUA YANG IKA CAKAP NIE BERDASARKAN PENGALAMAN DAN PANDANGAN DARI PROFESSOR DAN RAKAN-RAKAN DARI SETIAP KELUARAN.. wallahualam..kalau STPM korang dah belajar buat assignment time sem 2..so korang dah tau..


now beralih kepada STPM..ni ika boleh lah cerita panjang sikit..sebab ini apa yang ika ambil..yang new system nie (start 2013) ..korang  betul-betul macam kat university..sebab apa?? korang ade semester, ade assignment and reapeating paper..same macam kat U..kekurangan jadi student STPM ni orang tak akan pandang sangat kat korang..sebab ingat korang budak yang soso je.. padahal korang same je dengan budak diploma or matrix..kadang-kadang ade budak matrix tak nak masuk sane and lari masuk STPM..macam kes ika..ika dapat matrix, tapi tak nak ambil lepas dapat suggestion dari kaunsler..dia lebih sarankan STPM..and STPM nie agak back to school..kalau time batch ika kitaorang still pakai baju seragam except hari jumaat perempuan baju kurung and lelaki plak kemeja..dan buat batch selepas kitaorang, korang mesti serabut untuk yang perempuanlah, susah, fikir lagi nak pakai apa, nak matching dengan apa..and for ambilan selepas ika..korang tak boleh repeat paper for sem 3..so korang kene carrie baik-baik paper tu..


Alhamdulillah first sem, memang rasa tak leh angkat.. tapi alhamdulillah dengan takdir Allah takde yang mustahil.. janji kita dah doa+usaha+ikhtiar+dan tawakal..Alhamdulillah.. ika dapat teruskan pengajian ke peringkat degree.. kat UPSI.. Alhamdulillah.. nak cakap ape pun tak boleh.. dengan izin Allah sememangnya tiada yang  mustahil..
  

Seriously, ika cuma student-student biasa.. tak pandai sangat, tak juga lemah sangat.. cuma kena usaha lebih.. UPSR, PMR and SPM soso ja.. tapi tak sangka boleh je jejak kaki ke U.. dapat gelaran mahasiswi.. still until now.. macam dreaming je.. ok stop story about ika.. now kita serius back kat fokus kita STPM..

Macam yang ika dah pernah terangkan before this.. STPM ni dia ade 3 SEMESTER.. setiap satu sem lain pembelajarannya.. macam batch ika 1995.. kitaorang sem 1 and sem 3 kene dapat higher score 3.00 mcm tu or 2.?? lebih-lebih lah.. sem 2 plak kitaorang banyak fokuskan assignment.. memang sem 2 result ika tak berapa cantik sangat jika dibandingkan dengan sem 1 dan 3.. sebab fokus banyak lari kat assignment ..

Hmm tips buat bakal pelajar STPM.. korang kene faham ape yang korang belajar bukan hafal macam tu je taw.. sebab actualy ape yang korang belajar tu sememangnya bukan cuma guna sekadar pengetahuan or history hidup korang.. tapi sebenarnya nanti korang akan belajar semula kat University.. entahlah.. setakat nie ika baru habis sem 1 kat UPSI.. ika alhamdulillah dapat kos yang amat sesuai ngan jiwa ika ^.^ "special education" ..jangan jealous......hee syg anak-anak syurga nie.. in shaa Allah akan ajar dorang kalau umur panjang.. hmm baru-baru nie kitaorang exam ade keluar soalan berkaitan subjek dulu yang pernah kitaorang beljar time STPM.. habis semua terpinga-pinga termasuk ika.. and jadi pengajaran untu kitaorang semua, "beljar untuk faham bukan cuma hafal untuk exam.." tu dah jadi salah niat.. subjek ape yang ade kaitan?? tu rahsia.. maaf takleh bagitau.. kalau nak tahu, korang kene faham ape korang study taw.. hadam baik--baik.. sem 1 biasanya korang belajar perkara-perkara basic, macam sejarahnya, perjanjian and etc.."tak kenal maka tak cinta"..and one more thing, jangan buang masa, sebab masa korang sangat singkat untuk setiap sem..believe me..

Sem 2 yang part nie hmm memang susah sikit.. agak mencabar.. mana korang nak fokus assignment lagi.. mana tempoh satu sem cuma 5 month je.. lagi panjang ok, dari U, just 4 month, lagi sekejap nak hadam.. kene pandai atur masa.. no wasting time ok.. kecuali happy day korang.. time rehat korang semestinya time solat.. seriously.. felt recharged.. time sem 2 ika ingat lagi mane kalut nak buat sebaik mungkin assignment tu mengikut kehendak guru berdasarkan apa yang MPPM kehendaki.. siapa budak seni cam ika sem 2 nie leh lah rileks sikit.. assignment korang kat sem 3..hee seni beza sikit..sem 2, korang just lembut-lembutkan tangan main scathing.. sebab korang akan exam 3 or 4 hours to draw something yang "artistik".. "artistik" ok.. budak seni je faham tu.. bukan mudah ok.. except for perfessional, lebih-lebih lagi yang "gifted"..Hmm mane tone nye..shadownye..hee miss my cikgu kesayangan 1. Pn Hajijah Hassan (cikgu seni)

Sem 3 haaaa sem nie..ika buat sehabis baik..untuk semua subjek yang ika ambil.. subjek lain yang ika ambil;
2. Sejarah; En Murshid Soadik (cikgu sejarah) ni cikgu kesayangan versi lelaki..memang serba boleh, alhamdulillah; 

3. Pengajian Am; En Junaidi; nie subjek killer, susah nak lulus; cikgu pun sampai pening kepala..kesian kat dia..tapi tetap sayang my daddy nie..sabar je layan karenah murid dia.. 

4. BM; Pn Hamsiah; tegas dan amanah..

last but not least my Sir Idzham (English teacher) meski english ika soso je..also credit to Mdm Audrey 

Alhamdulillah.. dengan izin Allah berkat doa, usaha, tawakal ikhtiar dan bantuan guru-guru, Allah izinkan ika dapat result yang melayakkan ika masuk UPSI..dengan pengambilan yang amat sedikit pada ambilan pertama september 2014 ke UPSI ika amat bersyukur..

AHLI-AHLI MURSYIDIN CLUB UPSI MENYAMBUT KEHADIRAN STUDENT BARU


So for others yang ade kat luar tu jangan pernah putus ase taw..sebab takde ape yang mustahil dengan kuasa Allah Dia Maha Berkuasa..kita kene usaha dan yakin pada Dia..you can do it..masa lepas jadikan pengajaran..terkadang kita dah usaha sehabis baikkan? tapi rezeki belum ada..Allah dah tentukan sesuatu yang baik pada kita..^.^ 

Yang kat atas tu itu pandangan peribadi ika sendiri ngan kawan-kawan dan pandangan para guru dan kaunsler sebelum ni..so kalau ade yang salah mohon maaf ye..sebab ika pasti, mesti ade yang kita tak sependapat..now for your all information ika sekarang nie tengah semester break..22 feb 2016 nie baru ambil sem 2..now tengah menuggu first result kat University.. harap-harap ok lha.. Allahuma Aamiin.. mohon maaf atas semua silap.. jazakumullah.. Assalamualaikum, selamat sejahtera.

~land below the wind

DIY TUTORIAL MENJAHIT TUDUNG LABUH BIDANG 60 SENDIRI, PANJANG BELAKANG DAN DEPAN PATUH SYARIAT ..IN SHAA ALLAH

Bismillahirahmanirahim..
Macam mana mahu buat tudung labuh panjang depan dan belakang?? tutup depan dan belakang????

ok hari ini akhirnya ika berkesempatan kongsi tipsnya..ika ni tak juga pandai sangat menjahit, biasa-biasa ja..dulupun belajar sendiri..lama-lama alhamdulillah makin ok..tips ni ika dapat dari cikgu ika, credit untuk dia cikgu Hajijah Hasan SMK Majakir Papar Sabah..ika olah-olah dan cuba ja buat..tak sangka menjadi,,alhamdulillah..ok first sekali kamu mesti sedia bahan-bahan nie

> tudung bidang 60..1.5 meter
> gunting kain yang tajam (kalau tak mahu tudung rosak)
> pensel
> pembaris
> jarum peniti yang banyak
> jarum untuk menjahit
> keronsang kecil
> benang
> lilin
> mancis

ok first sekali buka tudung macam ni..hee ika siap bagi note A,B,C,D harap sangat kamu semua senang faham..kalau tak faham tanya ja ok..



kedua pula buat macam nie..tarik  bucu A ke bucu D..untuk pengetahuan,  bucu A  akan menjadi bahagian dalam tudung dan .bucu D  yang akan menutup bahagian punggung.. kalau mahu tambah kepanjangan bahagian belakang boleh lah tarik bucu A ke atas..


ketiga..tarik bucu C ke bucu B..dan dia akan jadi macam di bawah..nampakkan ada tudung kuning di atas tu..itu contoh tudung yang sudah siap..tudung favourite ika..labuh yang amat..alhamdulillah..in shaa Allah patuh syariat..

so sekarang letak tudung kuning yang dah siap tu atas tudung hijau tu sebagai ukuran ( kalau tak ade tudung labuh yang dah siap, bolehlah guna tudung bawal bidang 50-60 yang dibentuk segi tiga sebagai ukuran )..dan potong mengikut bentuk yang kamu suka..ika sarankan pastikan tudung yang digunting tu di potong panjang menutup bawah siku, bawah punggung dan bawah kemaluan..

*kalau rasa ragu-ragu kamu boleh pakai tudung hijau tu dan buat macam tudung bawal..ukur sendiri tahap kepanjangan yang sesuai untuk kamu..tapi lebih baik tudung tu panjang tutup pungung, kemaluan dan siku ^_^..

ok itu contoh ika letak tudung kuning atas tudung hijau dan gunting ikut keinginan ika


siap..inilah tudung yang sudah siap ika gunting..alihkan tudung kuning tadi..dan pasang keronsang di tudung hijau tu, alaa... buat ja macam kamu mahu pakai tudung bawal tu..(jangan buka keronsang sampai habis proses jahitan) sebab sekarang kita mahu beralih ke bahagian jahitan..

\

ok now sekarang buka tudung jadi macam ni (tapi jangan buka keronsang tadi)..maaf ika pakai gambar yang sebelum di gunting..tapi nanti bila kamu buka tudung yang dah digunting tu..dia akan jadi macam nie juga.bucu tudung tetap tidak beralih iaitu bucu B ke bucu C..dibentuk menjadi 3 segi... part nie lupa ambil gambar..maaf arr, kalau tak faham nanti boleh tinggalkan komen..


ok sekarang buat garisan di bawah keronsang tadi sampai lah ke bucu B dan C..lepas tu letak peniti terus hingga ke bawah macam dalam gambar di bawah ni..


ok sekarang teruskan dengan proses menjahit garisan yang telah dibuat tadi.. yang ika guna ni teknik insang pari dari dalam..kalau mahu buat dari luar belum cukup kemas..masih berguru..in shaa Allah next toturial..mulakan jahitan dari keronsang tadi..ini tips supaya tudung senang jadi..wallahualam


ok ini insang pari yang sudah siap..kejap ja buat, jangan risau, penting kamu enjoy menjahit tu..


ini pula bahagian belakang insang pari..nampak macam jelujur ja kan..


Bila orang jumpa ika semua, akan tegur cantik tudung yang ika pakai lebih-lebih lagi, tudung ika, ika buat dagu..so banyak orang tertanya-tanya macam mana ika jahit..cantik tengok, sama ja colournya..jawapan ika simple..ika tak jahitpun sayang-sayang sekalian..lain kali jangan buang kain lebihan tudung k.. simpan ja..

ika cuma ambil kain perca lebihan tudung yang kita jahit tadi dan gunting jadikan bentuk empat segi macam di bawah..siapa yang rajin dan selesa pakai yang bergetah..kamu boleh jahit getah di kedua-dua sisi kain penutup dagu tu.. kalau tak mahu jahit pun boleh.. buat ja macam ika..ika lebih selesa pakai peniti di setiap tepi penutup dagu tu..jarumkan dia melekat dengan scraft "anak tudung" yang kita pakai..



last but not least..kita bakar tepi tudung yang dah siap jahit dan gunting tu..tapi hati-hati tau..jaga sampai terbakar ataupun hitam..tak pa..belajar lama-lama makin ok tu in shaa Allah..


ini contoh hasil tudung yang sudah siap..tapi ini kurang panjang..kamu boleh buat lebih panjang dari ini..bahagian depan tudung tu juga lebih kurang sama macam belakang tudung contoh gambar ni..
cubalah..dan kalau berjaya tolong tinggalkan komen yang membina..begitu juga sebaliknya "kalau tak jadi"